Saturday 22 October 2011

Kem Sehari Tahun 5 -Outbac Broga

Hero & Heroin Outbac Broga
Penganjur: Badan Berunifom SJKC Tg. Karang
 (P. Bulan Sabit Merah & P. Pengakap )
Tarikh: 15 September 2011
Sasaran : Murid-murid Tahun 5
Tempat : Outbac Broga,Selangor.
Objektif:: Melatih murid berani menghadapi cabaran dan mengatasi halangan
Tolong selamatkan saya!
Aktiviti-aktiviti: Menyertai aktiviti  di  beberapa stesyen, seperti' Leap Of Faith, 'Flying Fox',' Rock Climbing',Puncture Drum & Kayak.
Yeah!Kami telah berjaya!
Seronoknya berkayak!
I'm Tarzan!(Leap Of Faith)
Sungguh bergaya!(Rock Climbing)

Oh, tingginya!Kaki saya bergetar!

Thursday 20 October 2011

Kursus KSSR Dunia Muzik Tahun 2 Daerah Kuala Selangor 2011


Unit Pengurusan Akademik, PPD Kuala Selangor  telah menganjurkan Kursus KSSR Dunia Muzik Tahun 2 pada  17-21 Oktober 2011 di SMK Pengkalan Permatang.Setiap sekolah wajib menghantar seorang guru untuk mengikuti kursus ini. 4 orang JU mengendalikan kursus ini dengan  lancar  dan berjaya. Isi kandungan kursus ini meliputi :
                   a. Penggunaan Dokumen Standard &
                       Buku Panduan/  Modul
                   b. RPH
                   c. Muzik & Gerakan                             
                  d. Konsep Muzik/ Teknik Vokal
                  e. Pembinaan Item PBS
PERSEMBAHAN  KUMPULAN
 MUZIK & GERAKAN

                                                                                                  

PERSEMBAHAN KOIR
MUZIK & GERAKAN


Wednesday 12 October 2011

Ceramah Alam Akil Baligh Dan Proses Tumbesar

DEMONSTRASI
ORGAN  MEMBIAK WANITA
MURID MEMBERI RESPON
Persatuan Bimbingan dan Kaunseling SJKC Tanjong Karang telah menganjurkan satu  ceramah, iaitu Ceramah Alam Akil Baligh Dan Proses Tumbesaran pada 7 Oktober 2011( 10.30a.m. -12.15a.m. ) Sasaran adalah  murid-murid perempuan dari Tahun 4 hingga 6. Penceramah  yang  dijemput ialah Madam Helen , wakil dari     Sea Feminine Sdn. Bhd. Murid-murid bukan saja mendapat pendedahan tentang pengetahuan  proses tumbesar,  malah juga pengetahuan tentang  kebersihan diri sepanjang datang haid ,cara penggunaan tuala wanita dan sebagainya. Aktiviti ini amat sesuai dan memberi banyak manfaat kepada gadis-gadis remaja yang sedang mengalami proses tumbesar. Penceramah yang berpengalaman telah memberi pedoman yang baik  dan menghilangkan kekeliruan mereka. Pada akhirnya,Syarikat Sea Feminine juga memberikan  'high quality sanitary napkins-COLOR' kepada setiap pelajar secara percuma .

Thursday 6 October 2011

Tuesday 4 October 2011

Pra Sekolah SJKC Tanjong Karang

 Pra Sekolah SJKC Tanjong Karang telah ditubuhkan pada 2010. Seramai 25 orang pelajar dibawah bimbingan  2 orang  cikgu dan seorang pembantu.Oleh kerana tiada tapak kosong untuk pembinaan bangunan Pra Sekolah,jadi cuma diubahsuai daripada kelas. Walaupun tidak terlalu luas tetapi agak selesa.Cikgu Lim dan Cikgu Kek sering mengadakan aktiviti yang menarik dan menyeronakkan untuk pelajar  selain daripada  menjalankan pengajaran dan pembelajaran.Sebagai contohnya , Sambutan harijadi beramai-ramai ( Jan-Jun), sukaneka dan sebagainya.Di sini terlihatlah keperihatinan dan kesungguhan cikgu para terhadap simanja.....

Monday 3 October 2011

       Pantun Kanak-kanak

Nasi lemak sambal tumis,
         Bawa bekal pergi sekolah;
Melihat kakak tersenyum manis,
        Hilang penat balik sekolah.

Buah manggis rasanya manis,
        Pokoknya  rendang  tepi rumah;
Adik manis jangan menangis,
       Biarlah abang pergi sekolah .