Friday 11 November 2011

Jualan Amal- Tahun5 (Kemahiran Hidup)

Nasi lemak paling laris, 10 minit saja  habis dijual.
Mari-mari, jualan murah !
Ais krim jagung, 50sen satu !
Penuh bergaya! (gerai roti jem)
Ramainya pelanggan
Cikgu, ini kali pertama saya buka gerai.


Salah satu topik KH Tahun 5  menyentuh tentang  kemahiran berurus niaga dan jualan .Dengan kerjasama daripada PK Gerko , ibu-bapa dan murid-murid Tahun 5, aktivit Jualan Amal dianjurkan pada 11-11-2011 semata-mata memberi peluang kepada murid menimba pengalaman tentang berurus niaga.Sebelum ini, mereka juga    membuat publisiti dengan  poster di  setiap  kelas.Barang jualan termasuklah  minuman , makanan , alat tulis dan sebagainya.

Jamuan Perpisahan Tahun 6, 2011





Saya sebagai   guru kelas Tahun 6A bekerjasama  dengan 2 orang guru Tahun 6B dan 6C  mengadakan Jamuan perpisahan Tahun 6,2011 untuk guru-guru dan murid-murid Tahun 6 pada 9-11-2011 . Pelbagai hidangan yang enak lagi  istimewa disediakan.




Wednesday 9 November 2011

Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1- Unit 5

Pada hari ini, saya menjalankan pengajaran Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1B.Objektif pembelajaran ialah memahami pengetahuan tentang  pelbagai bentuk.Murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti perbincangan, penyoalan dan pembentangan,
Aktiviti kumpulan-pencantuman puzzle
Hasil kerja murid

Pertandingan Tarian Tradisional Cina Kuala Selangor

Juara untuk SJKC Tanjong Karang
'Ending Post' yang menarik bersama senyuman yang manis
Pada 4-11-2011, SJKC Tanjong Karang sekali lagi menjuarai Pertandingan Tarian Tradisional Cina Peringkat Kuala Selangor. Pertandingan ini diadakan di Dewan SJKC Aik Tee dan  disertai oleh 12 buah sekolah. Setiap sekolah  menunjukkan kehebatan dan keunggulan masing-masing.Secara keseluruhannya, prestasi murid dalam bidang tarian telah meningkat, syabas!

Hari kanak-kanak 28-10-2011

Hadiah hari kanak-kanak untuk setiap pelajar
Hari kanak-kanak merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh setiap murid. Suasana pada hari tersebut meriah sekali. Aktiviti -aktiviti pada hari tersebut meliputi pertandingan akhir menyanyi, persembahan, perasmian Smart Class dan cabutan bertuah. Murid -murid dapat menikmati KFC,minuman dan diberi hadiah alat tulis serta beg kitar semula.
Persembahan tarian
Cabutan bertuah 
Backdrop hari kanak-kanak
Perasmian Smart Class