Sunday 11 December 2011

Pendekatan Inkuiri dalam P & P Sains

Pendekatan inkuiri merupakan pembelajaran yang selari dengan pembelajaran sains kerana keserasiannya dengan tabii sains itu sendiri. Pembelajaran inkuiri bermula dengan suatu persoalan utama berdasarkan pemerhatian, disusuli aktiviti meneroka, menganalisis, dan mentafsir data, membuat kesimpulan berdasarkan bukti dan berakhir dengan menyampaikan kesimpulan atau dapatan kepada pihak lain.

Penggunaan teknologi dalam P&P-Science

Penggunaan teknologi komputer membantu saya dalam merancang P & P secara sistematik supaya murid mendapat urutan maklumat yang tersusun bagi memudahkan pemahaman mereka. Terutamanya subjek Sains .Kombinasi komputer dengan media, audio dan animasi membolehkan murid memproses maklumat yang diterima seterusnya mengingatkan pelajaran. Penggunaan perisian yang dibekalkan oleh KPM dan slaid dari powerpoint membantu pelajar memahami sesuatu dengan lebih mudah, cepat serta tepat penangkapan.Justeru, pembelajaran menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan.

Wednesday 7 December 2011

Science Year 2 (Unit 8 Push and Pull)

  • We push and pull to do many things.
  • Pushing and pulling can

Press is such a push activity

          *change the shape of objects.
          * make things speed up.
          * make things slow down.
          * make things change direction. 

Demonstration- Pull



Demonstration-Twist

Demonstration-Push







Friday 11 November 2011

Jualan Amal- Tahun5 (Kemahiran Hidup)

Nasi lemak paling laris, 10 minit saja  habis dijual.
Mari-mari, jualan murah !
Ais krim jagung, 50sen satu !
Penuh bergaya! (gerai roti jem)
Ramainya pelanggan
Cikgu, ini kali pertama saya buka gerai.


Salah satu topik KH Tahun 5  menyentuh tentang  kemahiran berurus niaga dan jualan .Dengan kerjasama daripada PK Gerko , ibu-bapa dan murid-murid Tahun 5, aktivit Jualan Amal dianjurkan pada 11-11-2011 semata-mata memberi peluang kepada murid menimba pengalaman tentang berurus niaga.Sebelum ini, mereka juga    membuat publisiti dengan  poster di  setiap  kelas.Barang jualan termasuklah  minuman , makanan , alat tulis dan sebagainya.

Jamuan Perpisahan Tahun 6, 2011





Saya sebagai   guru kelas Tahun 6A bekerjasama  dengan 2 orang guru Tahun 6B dan 6C  mengadakan Jamuan perpisahan Tahun 6,2011 untuk guru-guru dan murid-murid Tahun 6 pada 9-11-2011 . Pelbagai hidangan yang enak lagi  istimewa disediakan.




Wednesday 9 November 2011

Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1- Unit 5

Pada hari ini, saya menjalankan pengajaran Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1B.Objektif pembelajaran ialah memahami pengetahuan tentang  pelbagai bentuk.Murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti perbincangan, penyoalan dan pembentangan,
Aktiviti kumpulan-pencantuman puzzle
Hasil kerja murid

Pertandingan Tarian Tradisional Cina Kuala Selangor

Juara untuk SJKC Tanjong Karang
'Ending Post' yang menarik bersama senyuman yang manis
Pada 4-11-2011, SJKC Tanjong Karang sekali lagi menjuarai Pertandingan Tarian Tradisional Cina Peringkat Kuala Selangor. Pertandingan ini diadakan di Dewan SJKC Aik Tee dan  disertai oleh 12 buah sekolah. Setiap sekolah  menunjukkan kehebatan dan keunggulan masing-masing.Secara keseluruhannya, prestasi murid dalam bidang tarian telah meningkat, syabas!

Hari kanak-kanak 28-10-2011

Hadiah hari kanak-kanak untuk setiap pelajar
Hari kanak-kanak merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh setiap murid. Suasana pada hari tersebut meriah sekali. Aktiviti -aktiviti pada hari tersebut meliputi pertandingan akhir menyanyi, persembahan, perasmian Smart Class dan cabutan bertuah. Murid -murid dapat menikmati KFC,minuman dan diberi hadiah alat tulis serta beg kitar semula.
Persembahan tarian
Cabutan bertuah 
Backdrop hari kanak-kanak
Perasmian Smart Class



Saturday 22 October 2011

Kem Sehari Tahun 5 -Outbac Broga

Hero & Heroin Outbac Broga
Penganjur: Badan Berunifom SJKC Tg. Karang
 (P. Bulan Sabit Merah & P. Pengakap )
Tarikh: 15 September 2011
Sasaran : Murid-murid Tahun 5
Tempat : Outbac Broga,Selangor.
Objektif:: Melatih murid berani menghadapi cabaran dan mengatasi halangan
Tolong selamatkan saya!
Aktiviti-aktiviti: Menyertai aktiviti  di  beberapa stesyen, seperti' Leap Of Faith, 'Flying Fox',' Rock Climbing',Puncture Drum & Kayak.
Yeah!Kami telah berjaya!
Seronoknya berkayak!
I'm Tarzan!(Leap Of Faith)
Sungguh bergaya!(Rock Climbing)

Oh, tingginya!Kaki saya bergetar!

Thursday 20 October 2011

Kursus KSSR Dunia Muzik Tahun 2 Daerah Kuala Selangor 2011


Unit Pengurusan Akademik, PPD Kuala Selangor  telah menganjurkan Kursus KSSR Dunia Muzik Tahun 2 pada  17-21 Oktober 2011 di SMK Pengkalan Permatang.Setiap sekolah wajib menghantar seorang guru untuk mengikuti kursus ini. 4 orang JU mengendalikan kursus ini dengan  lancar  dan berjaya. Isi kandungan kursus ini meliputi :
                   a. Penggunaan Dokumen Standard &
                       Buku Panduan/  Modul
                   b. RPH
                   c. Muzik & Gerakan                             
                  d. Konsep Muzik/ Teknik Vokal
                  e. Pembinaan Item PBS
PERSEMBAHAN  KUMPULAN
 MUZIK & GERAKAN

                                                                                                  

PERSEMBAHAN KOIR
MUZIK & GERAKAN


Wednesday 12 October 2011

Ceramah Alam Akil Baligh Dan Proses Tumbesar

DEMONSTRASI
ORGAN  MEMBIAK WANITA
MURID MEMBERI RESPON
Persatuan Bimbingan dan Kaunseling SJKC Tanjong Karang telah menganjurkan satu  ceramah, iaitu Ceramah Alam Akil Baligh Dan Proses Tumbesaran pada 7 Oktober 2011( 10.30a.m. -12.15a.m. ) Sasaran adalah  murid-murid perempuan dari Tahun 4 hingga 6. Penceramah  yang  dijemput ialah Madam Helen , wakil dari     Sea Feminine Sdn. Bhd. Murid-murid bukan saja mendapat pendedahan tentang pengetahuan  proses tumbesar,  malah juga pengetahuan tentang  kebersihan diri sepanjang datang haid ,cara penggunaan tuala wanita dan sebagainya. Aktiviti ini amat sesuai dan memberi banyak manfaat kepada gadis-gadis remaja yang sedang mengalami proses tumbesar. Penceramah yang berpengalaman telah memberi pedoman yang baik  dan menghilangkan kekeliruan mereka. Pada akhirnya,Syarikat Sea Feminine juga memberikan  'high quality sanitary napkins-COLOR' kepada setiap pelajar secara percuma .

Thursday 6 October 2011

Tuesday 4 October 2011

Pra Sekolah SJKC Tanjong Karang

 Pra Sekolah SJKC Tanjong Karang telah ditubuhkan pada 2010. Seramai 25 orang pelajar dibawah bimbingan  2 orang  cikgu dan seorang pembantu.Oleh kerana tiada tapak kosong untuk pembinaan bangunan Pra Sekolah,jadi cuma diubahsuai daripada kelas. Walaupun tidak terlalu luas tetapi agak selesa.Cikgu Lim dan Cikgu Kek sering mengadakan aktiviti yang menarik dan menyeronakkan untuk pelajar  selain daripada  menjalankan pengajaran dan pembelajaran.Sebagai contohnya , Sambutan harijadi beramai-ramai ( Jan-Jun), sukaneka dan sebagainya.Di sini terlihatlah keperihatinan dan kesungguhan cikgu para terhadap simanja.....

Monday 3 October 2011

       Pantun Kanak-kanak

Nasi lemak sambal tumis,
         Bawa bekal pergi sekolah;
Melihat kakak tersenyum manis,
        Hilang penat balik sekolah.

Buah manggis rasanya manis,
        Pokoknya  rendang  tepi rumah;
Adik manis jangan menangis,
       Biarlah abang pergi sekolah .